Pendidikan dan kerjaya Arshad_Ayub

Tan Sri Arshad memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu Parit Keruma, Muar, Johor sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris Kerajaan juga di Muar, Johor. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Singapura (1949-1951), Kolej Pertanian Serdang, Selangor (1951-1954) dan University College of Wales, Aberystwyth, United Kingdom (1954-1958).

Kerjaya beliau bermula seawal tahun 1951 apabila beliau bertugas di Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA). Beliau banyak terlibat dalam perancangan agenda pembangunan negara khususnya pada era selepas kemerdekaan negara dan agenda pembangunan inilah juga yang menjadi teras pentadbiran Tun Abdul Razak.